Nama aku Syarifah Nur Faridah. Tahun 2024. Umurku 31 tahun. Belum bekahwin. kebanyakan kawan-kawan sebaya dah kahwin, dan kebanyakan kawan-kawan yang pernah aku kawan pun dah berkahwin. Aku masih sesat jodoh aku (sambil doa dalam hati semoga jodoh aku jumpa jalan). Tapi hari ini aku nak meluahkan sesuatu yang aku simpan dah lama cuma harini kena diluahkan. Dengan umur aku sebegini aku dah lihat banyak fasa kehidupan orang yang berubah. Aku selalu happy tengok kegembiraan orang-orang yang aku kenal. Sesiapa yang datang dalam hidup aku semuanya istimewa walaupun baru kenal. Aku rupanya seorang yang sentimental namun luarannya aku ni kasar. ada kawan yang dah berkahwin, dah berjaya dalam pelajaran, dan dah berjaya dalam kehidupan sebagai seorang khalifah Allah. Sedangkan aku tak tahu apa yang akan mengembirakan aku. Berair mata bila mengingatkan yang pembaharuan dalam hidup aku ini tak bermakna mcm oang lain. Aku tahu pace time ma...
Dah terlalu lama blog aku kesepian tanpa dikunjung tuannya juga. Sudahlah viewer dihidekan. Blog pula dilupakan. Aku sudah dewasa menjadi orang pengertian banget. Malah mengerti diri sendiri. Hari ini kawan sekerja last day as protege, Syalizah. Kalau namanya ada dalam blog ini means die special. Bagi aku semua yang pernah hadir dalam hidup aku adalah special. Aku berteman kerana Allah. Aku sudah tahu menilai orang tapi masih bodoh juga kadang-kadang. Aku sedih tapi x show mcm aku sedih actually more to think esok die x de then aku sunyi. Aku fikir sorang2 akan tinggalkan aku never stay with me or neither aku yang stay dengan mereka. Aku manusia yang suka lompat-lompat tempat setelah aku fahami situasi persekitaran seperti nak lari rasa cukup dah kat sini. Aku fed up and etc la. Lg satu aku ni sebenarnya orang yang meminggirkan diri sendiri. Aku tak rajin nak sembang. More to aku lebih nak mendengar. Aku selalu fikir yang tak penat ke bercakap je letih wei pot pet pot pet.