Aku membayangi saat aku benar-benar tersungkur Mata aku melihat orang-orang yang sering aku lihat Hanya berlari-lari menuju ke arah yang mereka mahu Dan aku di injak-injak tanpa diketahui Dan bibirku tiba- tiba mengukir senyuman Seperti kehidupan aku benar-benar hampa dan Aku seperti sedang melihat bayangan aku menangis melihat jasad dan jiwanya yang kosong Sedang manusia lain sedang menembusinya Aku yang tersungkur hampir terpejam matanya hanya menghela nafas panjang Memikirkan adakah hidup atau mati?? Maka aku batukan hati, lapangkan fikiran, tiada yang tertinggal dalam perasaan untuk aku biarkan menjadi sentimental. BIAR SEMUA SAMA
Di sini cerita perasaan ku dari sudut hati aku tak sanggup membebani orang lain dengan cerita musibah & kesusahan aku walaupun aku adalah pendengar yang baik buat sahabat aku. Aku Merinduimu Wahai Rasul yang Mulia Kekasih Allah, Nabi Muhammad اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.