Langkau ke kandungan utama

SEMPURNA

SEMPURNA..
Bukan nama tempat kat sabah ke sarwk ok. Tapi satu perkataan yang subjektif bagi aku. contohnya blog aku ni bosan dan tak de mende pon. Kalau x suke jangan la baca. Kita hanya manusia yang tak sempurna. Ade yang sedar akan kenyataan itu tapi ada yang tidak. Bagi yang nyata alhamdulillah.Aku terjumpa satu gambar yang aku rasa itu benar dan setiap manusia merasainya. Mungkin lah.



saya rasa betul apa yang diperkatakan dalam gambar ni. aku pernah menyaksikan hari2 yang terbaik dan juga yang terburuk yang juga pernah menjadi hari2 aku. Peristiwa yang terjadi pada waktu itu dah kabur yang pasti aku pernah melewati kedua2 hari tu. bukan aku seorang tapi semua manusia pasti ada hari mereka. Dan juga normal bila sesuatu perkara yang gembira berlaku pasti akan kita ingati hingga ke hari ni kan. jangan tipu lah.

ya aku masih tak mampu memiliki apa yang aku nak tapi setiap yang aku perlukan sudah berada ada dalam gengaman aku walaupun ada sebahagiannya bukan aku miliki secara sendirinya. Tapi aku rasa semuanya sudah mencukupi bagi aku dan aku rasa aku tak layak untuk menrungut walaupun kadang-kadang aku pernah berasa tak puas hati. Dan akhirnya aku sedar yang semua aku nak tak semuanya aku perlu dapat kerana usaha aku yang masih ciput tu. Mungkin kita pernah dengar nak dapat apa yang kita nak kena lah berusaha sendiri dan kena bersungguh-sungguh kan??

siapa kata hidup kita senang tiada halangan atau lekuk-lekuk yang perlu kita lalui yang kadang-kadang sampai kita tak tercapai. Ya itulah nama nya dugaan. sakitnya kita jatuhnya kita menjadi kan kita seorang yang dewasa dan sentiasa bersyukur, sakitnya kita membuktikan bahawa bukan mudah untuk kita berjaya. kenalah ada rasa sakit, lumrah kan. Jatuh pulak untuk bagi kita sedar yang kita bukan sentiasa dia atas, suatu hari yang mungkin kita akan jatuh tanpa sedar yang akan membuat kita sedar siapa kita dan kemampuan kita. supaya kita tidak menjadi orang yang terlalu menongkak dunia. ingat masih ada akhirat.

tapi wahai manusia semua la tahzan..jangan bersedih. Bila kita bangkit dan sedar kita tidak sempurna tp masih rasa diberkati itulah saat yang paling penting dalam hidup kita. Merasa kita masih ada diri kita yang sebenar, bangkit dengan semangat baru. Yang boleh membuat kita hidup sebagai manusia yang sentiasa beringat.

maaf kalau ada yang tersinggung. ini hanya coretan hati yang sering terasa lalai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat hari guru

Assalamualaikum..selamat sejahtera Haa..hari ni hari guru kan..korang sume da ucap kat cikgu korang x???.. SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA YG BERGELAR GURU.. TERIMA KASIH SEBAB DAH LUANGKAN MASA UNTUK AJAR KAMI SEMUA ILMU YG AMAT BERGUNA.. SEMOGA KEHIDUPAN CIKGU DIBERKATI OLEH ALLAH.. rindunyer zaman sekolah..yek mmg rindu kat kekawan..tp cikgu pown kenangan kitorang jugak.. Hey nak dgr sajak yg klise tak..yg slalu org gune tuk menyatakan terima kasih pada guru.. Oh guru.. Kau umpama lilin.. Yang membakar dirimu.. Demi anak bangsamu.. Tanpa kira masa.. Pengorbanan kau curahkan.. Demi menjadikan anak didikmu insan berguna.. Ha..amacam..penah dgr sajak mcm ni kan...x kisah la sajak tu klise ke lapuk ke.. Kalo kita perdgrkan kat guru kita dgn ikhlas.. Bende tu akan kelihatan biase n up to date ok...hey jiwa cikgu ni masih pada era yg lama...so don't mention it.. Da aku merepek pe ni...

Fikir Sendiri

Ingat la orang lain pon susah jugak, cuma kadang tak pernah cakap Hutang!!! Kita ni kalau susahkan orang Ingat Allah bayar setimpal!!! Aku je ke tak bernasib baik, niat nak tolong tapi bila aku susah tak de siapa nak tolong Hidup sama-sama atas bumi,  faham2 kah situasi. Bagi bukan sebarang bagi. Aku bukan tak nak mintak,  cuma tak sampai hati kot kamu lebih perlu lagi. Tapi aku tak mintak banyak pon bgtau aku. Bg alasan yang benar bukan diam macam tak ingat. Tak pe la korang buat aku gini sbb aku percaya Allah boleh selesaikan masalah aku yang tak kau endahkan.  Jangan salahlan kehidupan yang zalim kepada korang.  Tapi salahkan perbuatan zalim kamu kepada orang. Fikirlah sendiri!!

S.O.S

Sesiapa boleh tolong tarik aku dari kehidupan aku sekarang? Bukan tak bersyukur malah sangat bersyukur. Aku cuma tak larat nak hadap perangai manusia macam dia saja ada kehidupan. Aku nak sangat pergi cuma aku tak boleh tinggal mak. Aku tak nak mak jadi mangsa, jadi sedih, @ apa yang aku fikirkan. Cukuplah hati aku yang dah rabak hancur berkecai kenangkan macam2 hal. Cukuplah aku sorang yang heal my heart with my own style. Aku penat hidup untuk menghidupkan orang lain. Walau darah daging sendiri jangan letak beban yg kau cipta atas bahu orang lain. Mata yang kecewa lihat kehidupan sekarang. Jiwa yang mati dalam kekosongan. Hati yang rabak direndam duka. Aku mohon dibiarkan aku sendiri untuk menangis sendiri. Aku terlalu berharap pada mereka yang juga berharap pada aku Tapi kadang cuma aku tak bernasib baik mereka yang aku harap tak pernah pandang susahnya aku Lama dah hadap sorang2 sampai tak pandang kiri kanan Sampai tak sedar ade yang kisah Tapi siapa???