Langkau ke kandungan utama

Siapalah Aku???

Assalamua'laikum dan salam sejahtera
Hari ni aku ada dua cerita. satu cerita lama dan satu cerita baru. Cerita ni berkisarkan tentang perubahan aku dan aku menegur kawan aku. Tapi mungkin akan ade cerita lain.

pertama..masa aku pergi rumah makcik aku sbb sepupu aku kahwin kat johor..so lbh kurang semua lah ada..berkumpulkan..ramai la jugak..(erm mungkin tak ramai kot..)ader la seorang mkcik aku ni yang anti dgn mak aku n seluruh ahli keluarga mak aku ni pon ada..sepanjang 4 hari tu kitorg tak banyak cakap pon dengan dia..tapi ank2 dia tegur je aku..siap sembg, pinjm hp n cerita hal rahsia lagi..ni cerita masa aku nak balik la..aku naik bas malam pukul 8.30mlm(padalah pukul 9 mlm..bas lambat)..aku berniat pakai baju jubah n tudung labuh lepas bahu jer masa nak balik tu..pastu mase ada sepupu aku nak balik dia ckp macam ni kat sepupu aku..

makcik: doa-doa le dia dapat pak aji..

aku dapat rasakan dia tuju kat aku sbb aku nampak mcm die gelak2 n muncung mulut kat aku. hati aku pana s la..tapa aku buat tak heran n buat tak dengar sbb aku menyampah sgt dengan dia..aku mengaku la aku ni bukan bagus sangat tapi sekarang ni aku mengaku yang aku sedang berusaha untuk mendalami ilmu Allah..salah satunya memang dah niat aku sejak sampai kat sini. ini cuma kebetulan aku dapat negeri ni..bukan sebab aku blajar kat sini so kena alim..aku mmg sakit hati la..tapi aku x ckp pon kat mak aku pasal ni..tak nak la aku susahkan mak pasal bende kecik ni..Alhamdulillah aku katakan di sini aku ada berubah dari segi solat aku..perangai??aku masih cuba untuk berubah tapi perangai ni mcm makan diri aku balik..aku bukan nak baik sangat dengan org tapi macm dah kena pijak kepala pon ada..harapan aku aku dapat berubah menjadi hamba ALLAH yang taat padanya dan umat Nabi Muhammad S.A.W yang betul2 merindui dia lebih daripada aku merindui diri aku sendiri.. dalam hati aku yang pertama adalah ALLAH..ALLAH...ALLAH..

cerita yang kedua ialah aku menegur kawan aku untuk solat..jam dah nak dekat pukul 6 so lepas aku solat aku ckp la kat dia suruh solat..pastu dia gelak2..lawak sgt ke kalau aku ajak solat..aku tahu solat aku tak sempurna dan tak terjaga sebelom ni..tapi tolong la ambil berat pasal solat..maaf aku katakan, mula2 datang negeri ni mmg aku anggap yang semua yang dapat masuk U ni akan rajin solat tapi..entah lah..aku tak tahu lagi macammana nak gambarkan..semuanya terlalu berbeza dari pandangan aku..tapi sekali lagi aku katakan agamaku tidak lah sebagus mana..tapi masih sedang mencari hidayah ALLAH yang terbuka luas  di depan mata..

cerita selebihnya aku dah tak bertegur sapa dengan dua org kawan aku tu,,sebenarnya aku tak sampai hati nak ckp mcm tu mlm tu..aku cuma rasa ketidakadilan berlaku dalam ahli kumpuulan..salah ke aku luahkan..mmg rasa sedih bila tak bertegur sapa dengan kawan serumah..kalau x serumah tak la terasa sangat..kadang2 aku rasa aku ni dipulaukan..kenapa mereka perlu bersifat assabiah.. kenapa  negeri mcm ni perlu ada orang yang macam ni..astaghfirullahalazim..ya ALLAH ampunkan aku..dan sebenarnya aku dah maafkan diorang..tapi aku tak pasti samaada diorg dah maaafkan aku atau tak..tapi dari apa yang aku lihat semua salah jatuh pada aku..kawan2 yang sama2 rasa apa yang aku rasa berdiam diri dan menjadikan akulah yang paling jahat..kenapa aku selalu didampingi manusia yang macam ni..terlalu munafik..bukan niat aku untuk cakap macam tu,,tapi itulah dari apa yang aku lihat dari pandangan mataku..

aku manusia hina yang menumpang kasih pada-Mu ALLAH...
aku manusia kerdil yang seumpama lalang di taman bunga...
aku sisa manusia yang jahil dengan ilmu-Mu ya ALLAH...
Ya ALLAH berikan aku cebisan hati yang suci untuk aku berada dalam kalammu..



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LELAH??

 Andai boleh aku hidup gelandangan Tak risau hati mak atau orang yg melihat Andai wang tak diperlukan dalam hidup Dah lama buku dan ilmu jadi peneman Lelahnya bosannya cari rezeki yang takkan pernah cukup Dapatkah aku berimpian jadi mutawiffah Bisa menetap terus di Mekah Hanya beribadah dan terus beribadah Tapi dalam waktu senggang ini juga aku sengaja tinggalkannya Apakah aku ini tidak cukup bersyukurnya? Fikiran asyik berfikir tanpa serta tindakan sewajarnya Hanya manis dimulut untuk dihadap ke orang Beri tahi dan munafik pada bayang sendiri Itulah sebenar lelahnya Lelah berpura-pura Mohon agar Allah tetapkan iman Supaya digerakkan hati dan jasad sujud sebenar-benar tawadhuknya merendahkan segala rasa dan jasad kepada Yang Satu.

Pertemuan & Perpisahan

Hari-hari yang bakal berlalu untuk aku ingat kenangan seorang kakak, rakan sekerja yang beri makna, beri satu modal terbaik, beri satu contoh ikutan. telah dia matang memilih kehidupan yang dibina, dengan jalan redha dan yakin Allah mengaturkan, dirinya maju ke hadapan. aku melihat die bak tak terkira, aku mengamatinya sehingga jatuh sayang seperti keluarga kerana tiada yang sepertinya. bakal aku rindu pada sang kakak yang baik budi pekertinya, mendukung kehidupannya demi masa depan, tidak memandang dan tidak dipandang, cukup cekal walau hidup tak sempurna. kakak kami bakal rindu padamu terutama aku yang x pernah memegang kenangan begini rupa, ikatan kita sudah terjalin, aku menyayangimu seperti keluarga. tapi kau bakal bergerak ke hadapan dan aku bakal melihatmu disini sepi. sampai kita bertemu jika Allah izinkan. benarkan aku menyimpan kenangan dan ilmu yang kau berikan. tak terhingga ajaranmu kakak. ingin aku meyanjungimu dengan kata2 tapi kau takkan mahu. ingin aku berimu sesu...

DUGAAN APAKAH??

Aku tak faham kenapa ade orang sanggup menipu mak bapak untuk being happy with the others person!!! Yang tak de kene mengena sedarah pon. Begitulah hebatnya cinta antara 2 makhluk mengaburi cinta mak bapak kepada anaknya. Sungguh malang nasibmu mak cik. Tak sanggup aku nak selami wajahmu mak cik. Penuh tersirat seribu kesedihan, seribu kesulitan, seribu kesusahan yang hanya seorang anak mu yang sedar hakikat itu. Aku dulu teringat kisah aku bila aku buka kembali lembaran kisah silam! Adakah adil aku katakan aku korbankan jiwa demi kebahagian dan senyuman mak yang terakhir tinggal untukku? Aku hapuskan keinginan masa muda nak enjoy nak happy2 untuk aku pikul tanggungjawab title "ANAK". Tapi baru aku sedar yang aku mmg tak pernah ada sesiapa untuk aku enjoy & happy2. Yang namanya kawan telah ada hidup mereka sendiri. Yang takkan aku sibukkan mereka mendengar celoteh hati aku sendiri. Sampai aku kena bercakap dengan suara dalam kepala aku sendiri. Betapa lonelynya aku ra...