Langkau ke kandungan utama

SEMAKIN AKU

Semakin aku mengejar Tuhan
Semakin aku terasa jauh dengan-Nya
Semakin aku jadi tak tentu hala
Semakin aku mahu bersendiri
Semakin aku rasa tak nak kenal sesiapa
Semakin aku rasa gila
Semakin bising dalam kepalaku
Semakin sunyi diluar aku

Benar aku yang tak betul
Benar aku yang gila
Benar aku yang munafik
Benar aku yang hipokrit
Benar aku yang menjauh

Ilmu dari kosong kepada kosong
Tak tertambah2 sebab penuh dosa
Hati & minda sebut lillahi ta'ala
Tapi fikiran jauh melayang
Mata entah jauh memandang apa

Hati x sujud ketika badan sujud
Penat yang menimpa tapi wajib datang dulu
Hari- hari tambah dosa tapi tak cari pahala
Aku rasa tersadai hampir kering kontang jasad tanpa nyawa dan insaf yang benar

Tujuan aku hala aku
Aku sendiri dah tak tahu
Cuma tahu perlu belajar kerana malu yang menebal
Aku cipta sang satu bayangan
Aku bercakap dia dengar
Tapi mata tahu itu cuma tipu

Aku lukai yang dekat aku
Dengan lidah pemulanya amarah
Lansung aku rasa hina dengan diri aku
Aku rasa aku perlu sisih diri dari dunia
Tapi aku tak redha untuk pergi cara bunuh diri

Aku doa banyak kali
Tapi tak tahu adakah didengari
Sangka baik saja pada Ilahi
Kerana dia lebih mengetahui
Dhuha & tahajud hutang kepada Ilahi
Terhadap apa yang diberi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat hari guru

Assalamualaikum..selamat sejahtera Haa..hari ni hari guru kan..korang sume da ucap kat cikgu korang x???.. SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA YG BERGELAR GURU.. TERIMA KASIH SEBAB DAH LUANGKAN MASA UNTUK AJAR KAMI SEMUA ILMU YG AMAT BERGUNA.. SEMOGA KEHIDUPAN CIKGU DIBERKATI OLEH ALLAH.. rindunyer zaman sekolah..yek mmg rindu kat kekawan..tp cikgu pown kenangan kitorang jugak.. Hey nak dgr sajak yg klise tak..yg slalu org gune tuk menyatakan terima kasih pada guru.. Oh guru.. Kau umpama lilin.. Yang membakar dirimu.. Demi anak bangsamu.. Tanpa kira masa.. Pengorbanan kau curahkan.. Demi menjadikan anak didikmu insan berguna.. Ha..amacam..penah dgr sajak mcm ni kan...x kisah la sajak tu klise ke lapuk ke.. Kalo kita perdgrkan kat guru kita dgn ikhlas.. Bende tu akan kelihatan biase n up to date ok...hey jiwa cikgu ni masih pada era yg lama...so don't mention it.. Da aku merepek pe ni...

Fikir Sendiri

Ingat la orang lain pon susah jugak, cuma kadang tak pernah cakap Hutang!!! Kita ni kalau susahkan orang Ingat Allah bayar setimpal!!! Aku je ke tak bernasib baik, niat nak tolong tapi bila aku susah tak de siapa nak tolong Hidup sama-sama atas bumi,  faham2 kah situasi. Bagi bukan sebarang bagi. Aku bukan tak nak mintak,  cuma tak sampai hati kot kamu lebih perlu lagi. Tapi aku tak mintak banyak pon bgtau aku. Bg alasan yang benar bukan diam macam tak ingat. Tak pe la korang buat aku gini sbb aku percaya Allah boleh selesaikan masalah aku yang tak kau endahkan.  Jangan salahlan kehidupan yang zalim kepada korang.  Tapi salahkan perbuatan zalim kamu kepada orang. Fikirlah sendiri!!

S.O.S

Sesiapa boleh tolong tarik aku dari kehidupan aku sekarang? Bukan tak bersyukur malah sangat bersyukur. Aku cuma tak larat nak hadap perangai manusia macam dia saja ada kehidupan. Aku nak sangat pergi cuma aku tak boleh tinggal mak. Aku tak nak mak jadi mangsa, jadi sedih, @ apa yang aku fikirkan. Cukuplah hati aku yang dah rabak hancur berkecai kenangkan macam2 hal. Cukuplah aku sorang yang heal my heart with my own style. Aku penat hidup untuk menghidupkan orang lain. Walau darah daging sendiri jangan letak beban yg kau cipta atas bahu orang lain. Mata yang kecewa lihat kehidupan sekarang. Jiwa yang mati dalam kekosongan. Hati yang rabak direndam duka. Aku mohon dibiarkan aku sendiri untuk menangis sendiri. Aku terlalu berharap pada mereka yang juga berharap pada aku Tapi kadang cuma aku tak bernasib baik mereka yang aku harap tak pernah pandang susahnya aku Lama dah hadap sorang2 sampai tak pandang kiri kanan Sampai tak sedar ade yang kisah Tapi siapa???